Salam. Maaf Menganggu....
pada
12 - 18 Mei akan diadakan
Program Bakti Siswa -
Anjuran COB -
- melibatkan motivasi di 4 buah sekolah (2 Sekolah Rendah dan 2 Sekolah Menengah)
- Gotong-royong (2 Masjid dan 1 Surau)
- 1 Proses penanaman padi serta lawatan.
Bertempat :
Sg Korok, Ayer Itam KedahJika berminat, hantar
Nama, Matrik dan DPP kepada:
Sdr Nana: 0175082320 sebelum 3 hb mei.
Sekian..
TEMUDUGA SEKRETARIAT GPMS UUM telah selamat dijalankan pada 24 MAC 2009 (SELASA). Dua sesi temudaga telah dibuka laitu untuk sesi pagi dari pukul 10.00am – 12.30pm dan Sesi Petang dari 2.00pm – 4.00pm. Bagaimanapun kehadiran yang menggalakkan, sesi temudaga dilanjutkan sehingga pukul 5 petang.
Sesi temuda ini telah dijalankan di Bilik Perbincangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM di tingkat 5. Pada mulanya hanya satu bilik sahaja dibuka dan satu lagi bilik dijadikan sebagai bilik menunggu. Namun kedua-dua bilik telah dibuka kepada bilik temuduga untuk menampung kehadiran peserta yang ramai.
Dalam kalangan yang hadir, seramai 61 orang telah terpilih sebagai Sekretariat GPMS UUM. Mereka yang terpilih akan menjalani satu program Team Building bersama dengan Jawatankuasa GPMS pada 8 hingga 10 Mei 2009. Program yang dinamakan sebagai "PROGRAM INTEGRASI KEMPIMPINAN GPMS 2009" akan diadakan selama 3 hari di Pulau Pangkor, Perak.
Program ini dirangka bagi mengeratkan hubungan di antara peserta termasuk ahli sekretariat dan Jawatankuasa GPMS. Program ini amat penting kerana ia akan memudahkan program yang akan datang dijalankan dengan lebih licin dan tersusun.

Penemuduga: Sdr. Auliat

Penemuduga: YDP GPMS UUM

Penemuduga

Barisan Ajk program

Peserta di bilik kuarantin

Peserta yang sedang ditemuduga

Barisan penemuduga: Sdr. Auliat, Sdr. Fadzly (YDP) & Sdr. Azriah
Tamat..dicatat oleh biro penerbitan
Moto GPMS: “BELAJAR TERUS BELAJAR”





Pada 2 april, satu program motivasi telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Haji Sulaiman, Kota Kuala Muda, Kedah. Program selama 3 hari yang bermula dari 2 April sehingga 4 April itu dinamakan sebagai "PROGRAM JATIDIRI CEMERLANG, SAHSIAH TERBILANG".
Seramai 80 orang peserta dari Sk Haji Sulaiman dari darjah 4 hingga darjah 5. Serama 30 orang Ahli Jawatankuasa program dan Fasilitator dari GPMS UUM menjayakan program ini.
Program ini amat hebat kerana kerjasama yang erat antara ahli GPMS dan dibantu oleh Guru-Guru Sk Haji Sulaiman. Walaupun banyak masalah dan kekangan dari segi penginapan, masalah teknikal, cuaca dan pelbagai lagi, program ini boleh dianggap berjaya kerana objektif telah telah dapat dicapai.
Ribuan terima kasih tidak terhingga kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kehadiran GPMS UUM untuk menjayakan program ini. Terutama dari segi makanan yang cukup sedap!!!
Terima kasih juga kepada semua guru-guru yang terlibat kerana sanggup untuk bersama-bersama kami bermalam di sekolah.
Pada pagi 4 April, GPMS UUM telah melukis 3 moral di dinding sekolah untuk tatapan adik-adik.
Tamat: dicatat oleh biro penerbitan.
Motto GPMS: Belajar Terus Belajar