Sesi temuda ini telah dijalankan di Bilik Perbincangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM di tingkat 5. Pada mulanya hanya satu bilik sahaja dibuka dan satu lagi bilik dijadikan sebagai bilik menunggu. Namun kedua-dua bilik telah dibuka kepada bilik temuduga untuk menampung kehadiran peserta yang ramai.
Dalam kalangan yang hadir, seramai 61 orang telah terpilih sebagai Sekretariat GPMS UUM. Mereka yang terpilih akan menjalani satu program Team Building bersama dengan Jawatankuasa GPMS pada 8 hingga 10 Mei 2009. Program yang dinamakan sebagai "PROGRAM INTEGRASI KEMPIMPINAN GPMS 2009" akan diadakan selama 3 hari di Pulau Pangkor, Perak.
Program ini dirangka bagi mengeratkan hubungan di antara peserta termasuk ahli sekretariat dan Jawatankuasa GPMS. Program ini amat penting kerana ia akan memudahkan program yang akan datang dijalankan dengan lebih licin dan tersusun.
Penemuduga: Sdr. Auliat







No comments:
Post a Comment